Profile Pengarang

Zainuri Misfar

Penulis ialah bekas wartawan di sebuah akhbar arus perdana selama tiga dekad. Membuat keputusan bersara awal dari tempoh sepatutnya. Lima tahun selepas bersara, penulis meninggalkan terus aktiviti kewartawanan. Tapi minat menulis tak pernah padam dan kini kembali membuat catatan berbekalkan sisa-sisa pengalaman yang ada yang mungkin sudah berkarat. Itulah timbulnya penkarat.com.

Walaupun blog dianggap ketinggalan berbanding media sosial lain yang lebih trending, penulis optimis ia masih ada peminat, pengikut dan pembacanya. Biar sikit tetapi ada.